Social Icons

NWAHDATY91's official blog .hoho~

Oct 12, 2012

"Masaku begitu berharga "

salam satu rakyat mesia , 
kabare iman anda ? naik @ turun ? papepun apa yang penting kita sentiasa cuba untuk memperbaharui iman kita walau di mana saja kita berada . IA .


"Dari Ibnu Abbas ,berkata Rasullah SAW : dua nikmat yang sering memperdayakan manusia iaitu nikmat sihat dan masa lapang ." HR BUKHARI .






tangan menekan pantas papan keyboard . satu demi satu website dibuka . tab youtube silih berganti . habis satu cerita , cerita lain pula dilayan .masa terus berjalan , namun perasaan untuk men'delay 'kan niat untuk study mengatasi segalanya . lalu , masa yang ada berlalu begitu sahaja . 

senario yang common kan  ?ye lah , berlaku kat diri sendiri . mmg senang nk bg example . tepuk dada tnya diri , macam mana kita menghabiskan masa yang ada .Adakah berlalu begitu sahaja tanpa sebarang manfaat , atau masa kita gunakan untuk memberi manfaat kepada diri dan orang lain  ? sama-sama kita muhasabah . IA 


tahun ni alhamdullilah sudah melangkah ke alam klinikal year , tahun 4 . sangat berbeza dengan tahun 3 yang masanya sangat packed . siyesly! . everyday kelas 2 jam , xpun 4 jam . xke namanya nikmat tu ? ohhh , bila masa lapang yang sangat panjang , agak merbahaya di situ . mungkin nikmat jika kita gunakan dengan sebaiknya . tp mungkin juga bencana jika disalahgunakan . 




tapi yang pasti Allah telah pun berfirman dalam surah Al-Asr . 

" demi masa , sesungguhnya manusia dalam kerugian " .

jadi terletak atas individu untuk gunakan ia dengan semaksimum yg mungkin ke arah kebaikan dan mengingati Allah . IA . 


Rasullah pernah bersabda  :
"tidak akan bergerak dua kaki seorang hamba pada hari kiamat kecuali selepas ditanya 4 perkara : tentang umurnya,untuk apa dihabiskan ,tentang masa mudanya,bagaimana dia melewatinya ,tentang hartanya ,dari mana dia mendapatnya dan kemana ia membelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dilakukan dengannya " .


Pemuda pucuk pimpinan agama dan bangsa . bagaimana mereka melewati umur yang semakin meningkat dan bergerak ke alam dewasa , pernahkah kita terfikir "adakah aku telah mengarahkan layar hidupku ke arah matlamat akhirat ? renungkan .. 


n/b : cintailah seseorang yang sudah halal bagimu untuk mencintainya kerana Allah . tapi jika belum halal untukmu mencintainya , maka jagalah hatimu sebaiknya kerana hati itu rapuh dan mudah goyah ~  
"fill the space in ur heart for the love of Allah , the most merciful" . IA .

Jul 23, 2012

tetiba rajen~

salam ramadhan al mubarak buat seluruh pelusuk seantero dunia penduduk bumi yang beragama Islam .
semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari yang sebelumnya . 

and today , im gonna write an entry bout the food . 
hey , u saja nak buat orang 'terliuq ' ke apa tyme2 pose gini ? 
huihui . sory guys . mmg blog ni blog makan blog jalan . bila la nak maju kan ? 
tak pe la , i nak tulis lebat2 pasal menda lain pon , tuan empunya badan ni bukanlan pakar dalam bab2 gitu . 

being an oversea student , i love to take pictures of those foods than others .( ye ke ? )


and today , kita masak2 d' dapur . huihui .. 

  [sardin gulung] . kindly make it tuk adek yang dok kat asrama . dulu da janji . so , kena la buat kan ? :)   
buah cempedak di dalam pinggan , tak payah ambil sudu , boleh terus makan . 

peace :P

 [sambal cili padi ]
 and yeah , this is my feveret . daebak! 
ni kalau makan selalu kasi naik kilo 
 badan maa .. ~ (penambah selera )


 [ sambal / kerabu mangga ] 
sangat senang nak buat . 
tumbuk ikan kembung yang sudah di masak bersama dengan mangga ,
 cili padi dan sedikit garam .
dan ni lah hasilnya . huihui~ ..


[mom's cook / ayam percik]
ayam percik umi terbaik . yang ni versi putih . ada lagi satu version warna kekuning orengan ..



seindah uhuwah serasa bbq .. 
habis exam ari tu , penduduk sayyeda taon 3 selamat berjuang masak bbq .
hoyyeeaa ! 
bbq di sutuh imarah 9  . siyes besau . satgy boleh buat bbq akhawat2 gen 09 .
huihui ~ ^_^ 
 
 
          ayam 2 dan daging2 yang sedang dibakar . aku tukang perap je =)


untuk kejelesan berganda , sy tampilkan gambar yang lagi besau . hehe .. 

 
 jeng2 , ni lah menu ktrg ari tu . ada udang / sotong celup tepung . mee kari , mee bandung , dan bbq td . 
 
 i request for the black paper sauce . kita makan dengan mashed potato . ohh , super duper awesome ! ^_^ .. 


makan pown salah satu medium berukhuwah .
moga ukhuwah yang terjalin kekal sampai ke syurga . amin ~ .. 

makan , makan juga . 
sedang ingatkan diri sendiri , kurangkan makan , tingkatkan amal sempena bulan ramadhan ni .. 

sedikit makanan rohani ..
"Aku adalah salah satu daripada anak-anak panah Islam, halakan aku pada mana-mana, pasti aku berjuang untuk Islam".
Laungan keramat ini menjadi bukti kehebatan seorang sahabat Rasulullah S.A.W, Saad bin Abi Waqqas. Beliau telah diamanahkan untuk memimpin tentera ISlam ketika berlakunya peperangan Al-Qadisiyyah. Peperangan yang berlaku pada bulan Ramadhan ini merupakan peperangan menentang kerajaan Parsi semasa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab.

Kemenangan umat Islam pada peperangan Al-Qadisiyyah ini berhasil menumbangkan kerajaan zalim Parsi. Maka Ramadhan yang mulia menjadi saksi kemenangan ini.

======================================

Ramadhan bukan sekadar bulan yang difardhukan padanya ibadat puasa, bahkan ianya satu bulan yang sarat dengan pengkisahan2 soal kehebatan umat Islam suatu ketika dahulu. Ramadhan menjadi saksi tersebarnya Islam secara meluas dengan tumbangnya kerajaan zalim yang menyembah toghut. Sama-sama kita hayati kisah-kisah ini, mudah-mudahan Ramadhan kali ini beroleh natijah yang berbeza.

Jul 1, 2012

we all run together

time running so fast . kan .. 


flashed back the time before , from the very beginning of our exam ,
 ( blan 6 kot ) .. untill we've reached our third paper . yesterday..




was microbiologyyy .. 
i entered the xm hall . tried to act cool , but i cant stop my heart from beating so fast like it wanna explode . i quess . 


like usual , taking my seat , making some prayer . just to chase away all the fear . (*siyes sangat cuak ) .
then , it all started . with the MCQ first , after 1 hour , we're given essay question to be answered for only 1 1/2 hour . what ? never mind , cool2 ~ u can do it .


tick . tock . tick . tock ..


ohhh  no , time was running so fast , there's a lot to be answered . 
wait , let me finished them all first . 
and yeah , my handwriting , the first page ok lagi , next page ok, next page ok , next .. oho , so cakar itik . (mintak2 those examiners diberi kemudahan, kelembutan hati masa check paper ak n9 ) . 
felt like mesin photocopy , what was in ur mind , just wrote it down on d paper .
xsempat pun nak fikir yang keliru , yang xleh jawab ke , more information ke . memang xsempat . (bagi ak la , others i dunno .they all excellant )


so ...  yesterday was a big disaster among my papersszzzZZ .. 
im running out of the time! .. d time provided , was not enough for me to write down all the answers .
even , i do not have time to recheck them all ( coz i've been spending so much  time to answer all the questions.)


sad , angry , frustated , afraid, they  were all mixed together. im just wanna go home to my fatherland , please .. let me pass pleaseeee .. (with the flying colour more afdhal , but it quite hard to get it .huh ) 











but papepown , rahmat Allah tetap ada . tak ada siapa tahu apa yang telah Allah rancangkan untuk kita . ada hikmah enshaAllah . yang penting , dunt stop praying n tawakal ..






we still have some more to fight . ganbate kundasai ! .May Allah bless us .enshaAllah ~ .. 

Jun 9, 2012

suka suki xm hae~

salam! ..hoho ..lama benor ye enggak mencoret kalam bagai ..


dan sekarang musim xm .. 




well , frankly speaking people often said that , 
masa xm ni semua benda pelik2 we're tend to do..
mop , basuh pinggan , kemas rumah tengah-tengah malam ,
and same goes here , 
di kala pukul 1 lebih pagi , 
i've finish baking my cheesecake .. hoho ..
simpan lam refrigerator , esok kita makan! hoyyee ..
tp honestly , klu bakar-membakor kek ni , 
aku memang suka buat tengah-tengah malam..
habituation ? psycological ? aihh , penangan pharma ..


so , here we goes..



proses membuat base ~ .. oreo maghi.. =)


and this is the cake .. not bake yet..


yeah , siap pun .. 


sempat lagi conteng2 , tenson studi ? 
it's not well decorated , never mind! ^_^



study + makan .. aiyuukk , orang lain kurush je time study week , yang hamba Allah sorang ni guana ? haih .. 


and , good luck to all . may GOD bless~ ..
study leklok , do the best! enshaAllah , leave the rest to Allah ^_^ .. 

May 26, 2012

Pemergianmu ditangisi , Kasihmu ku ingati..

Orangnya agak berisi ,masih kuat walaupun usia sudah menjangkau  80-an , masih mampu menunggang motorsikal dari rumah mak cik ke rumah kami , masih mampu melakukan kerja-kerja berat dengan tulang empat keratnya.


Kasih pada cucu-cucunya mencurah-mencurah tidak berbelah bagi . Sangat menyayangi cucu-cucunya itu. Ye la , dengan mereka sahaja lah chek melepaskan rindu , tempatnya bergelak ketawa , selepas kematian nenek sewaktu aku di tingkatan 5 dahulu. 


Aku ingat lagi chek suka masak 'solok lada' .salah satu makanan kelantan yang menjadi favourite aku . lagi pedas lagi kaw . Kalau 'solok' dimasak untuk kami , pasti banyak yang dimasak . Usai makan ,aku akan mengira tangkai cabai yang habis dimakan , konon-kononnya nak 'compete' dengan chek .kita tengok siapa yang lagi power .


Kini , chek sudah tiada kerana strok sama dengan arwah nenek aku dahulu. Dua-dua orang yang aku sayangi, xsempat aku tatap ,lihat muka mereka buat kali terakhir .Dulu nenek 'unconcious' semasa aku balik bercuti sekolah dan terus begitu sehinggalah ke akhir hayatnya . Khabar pemergian nenek pun aku tahu semasa aku di sekolah Klang . Datuk pun sama ,patut lah masa aku 'call' umi , umi cakap chek tengah sakit. *chek pun memang selalu sakit .. jadi aku ingat sakit biasa-biasa saja ,rupa-rupanya memang masa tu dah kena strok 
=(
tapi , alhamdullilah chek kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat .. 




chek selalu pesan ,' balaja ghajin-ghajin. nanti jadi ore hok berguna besa-besa nanti '.EnshaAllah , aku akan sentiasa ingat nasihat itu! ..


Tiada apa yang mampu aku titipkan kecuali doa-doa yang dipohon supaya chek akan dirahmati , diberkati dan diletakkan di tempat yang Allah redhai ~.. 
EnshaAllah , amin...







Feb 16, 2012

karipapkaripapsquare

sesungguhya solatku , ibadahku , hidupku , matikku hanya keranaMu Ya Rabbi .. ~


sukarnya untuk kita mencipta sesuatu
bukan sekejap masa yang diambil
bukan sikit tenaga yang diperlukan.
segala penat lelah diperlukan , seluruh tenaga kerja dikerah.
banyak peluh yang mengalir banyak juga idea yang dicurah.
semata-mata untuk menghasilkan sesuatu yang pada mulanya mungkin hanya sebuah idea , sebuah , mahupun kayalan , sehingga menjadi realiti yang boleh dilihat dengan pandangan mata.

dan mudahnya untuk kita menghancurkan , merobohkan , menghilangkan perkara itu dengan sekelip mata .
betul kan ?
ini bukan fantasi , ini realiti.
lihat sahaja bagaimana kerajaan2 Islam yang gah dahulu dibina ,
bukan hanya setahun dua , tetapi berpuluh-puluh tahan bahkan ada yang beratus-ratus tahun .
dan dihancurkan oleh musuh dengan sekelip mata sahaja.

bukan sekejap sepohon pokok rambutan tumbuh.
tetapi mengambil masa berpuluhan tahun .
dan senang-senangnya ditamatkan riwayat dengan sebilah kapak.

begitu juga dengan ukhuwah .
bukan senang untuk membina ukhuwah
kena seling kenal-mengenali , bertaaruf dan sebagainya .
dan senangnya roboh ukhuwah itu kerana orang tengah , sikap sendri mahupun faktor lain hanya dengan sekelip mata.

begitu juga dengan persatuan , mahupun jemaah
bukan senang untuk mendirikan persatuan
namun mudah jer untuk menjatuhkan persatuan dengan hanya sekelip mata jika tiadanya nilai perpaduan sesama ahli dalam persatuan itu sendiri .


begitu dengan KARIPAPKARIPAPSQUARE .
bukan sekejap untuk memasak karipap ,
tetapi bukan lama untuk menghabiskan karipap .
(sebenarnya nk post pasal karipap tapi dah melencong lebih2 pulak :D )

proses memasak inti ..proses kelim mengelim .. bab2 ni mmg fail (xpa , 1st trial.. heee ~ )
but my ahli beit just used alat tuk kelim tu je ..mudah n efisyan .. :D

da masak ..
jom makan! :)

takde kerja post pasal makanan an ? haha ..
tahun 3 baru terkedek-kedek nak try masak karipap ..
at least boleh masak tuk my mom n my family balik holiday n9! ..ahaks! :D

Feb 8, 2012

winter break 2012 awesome!

Bismillah , sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , matiku hanya keranaMu Ya Rabb ~ ..

Setelah berhempas pulas berperang dengan pharma , microb , parasite , n patho ..akhirnya kami cuti juga..yeay! ..
habis je exam , kami sesama ahli batch berjaulah ke Fauyoum , satu tempat yang agak kekampungan .. namun bak kata ustaz , klu kita menghayati sejarah-sejarah yang terdapat di sini , enshaAllah datang 2 , 3 kali pun xbosan ..

setelah berjaulah ke fauyoum , aku mengisi masa yang ada dengan berkunjung ke KOREA pula .. segala jenis makann tersergam indah di depan mata .. jajangmyun? sushi ? sasimi ? semua ada la .. cukup lengkap .. bahasa korea pun boleh la 2 , 3 patah perkataan boleh aku tuturkan ..
(white flag , aku xp korea , aku layan citer korea jer ) ^_^

maarad kutub di sini sangat2 lah berbeza dengan pesta buku yang ada di malaysia .. disini , orang2nya sangat2 dahagakan ilmu sehingga ada yang membawa troli untuk membeli buku2 yang dijual di pesta buku .. hebat2~ ..

tatkala aku membelek-belek buku 'healing body and soul , aku melihat akak2 dirasat bersemangat waja membelek-belek buku2 , kitab2 yang berbahasa arab untuk dibeli ..aku bermonolog , " untung sungguh mereka , banyak bahan bacaan yang boleh mereka beli , sehingga rambang mata jadinya ,sedangkan aku hanya membelek2 buku yang berbahasa english je " ..

dan di maarad buku , aku sempat merempat 3 , 4 buah buku tuk dijadikan koleksi almari buku .. at least , i bought some for these year ..tahun yang sebelumnya , memang aku datang cuci mata je di maarad ni..







tapi yang pastinya..
aku rasa amat bersyukur
cuti aku kali ini sangat2 bermanfaat dan diisi dengan sesuatu yang amat berguna untuk aku..
ada PWTC .. alhamdullilah , bes ..sangat memberangsangkan .. mendengar forum , ceramah2 dari doktor2 yang hebat2 dari mesia .. sangat bermotivasi ! :D
daripada program ni , siyes , aku berukhuwah dengan ramai kawan .. dapat kawan2 baru dari uni2 yang berlainan..bes kan ? tak lupa juga berkenalan dengan adek2 comel tahun 1 dari uni cairo..:D

then , p daurah kitab .. penceramah..ustaz nazrul..
subhanAllah , mantap! ..dalam kita bergelak ketawa , enshaAllah banyak input2 yang boleh diambil dengan menghayati dan mencintai Rasul kita , nabi Muhammad dan output dengan mengamalkan sunnah2 rasullah supaya kita menjadi hamba Allah yang berkejar-kejaran untuk mendapatkan ilmu ukhrawi mahupun duniawi ..

teruja bila melihat ramai pelajar2 medik yang berlumba-lumba mencari ilmu Allah yang sgt luas .. dalam rmai pelajar yg berjalan2 cuti winter ke spain , tanah air terchenta mahupun europe , namum masih ramai yang berpusu2 ke daurah kitab syamail muhammadiah .. alhamdulliah ..semoga kita dapat mengenal dan mencintai nabi Muhammad dengan lebih mendalam . enshaAllah ~ .. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

Sample text

Followers

Sample Text


Sample Text