Social Icons

NWAHDATY91's official blog .hoho~

Feb 16, 2012

karipapkaripapsquare

sesungguhya solatku , ibadahku , hidupku , matikku hanya keranaMu Ya Rabbi .. ~


sukarnya untuk kita mencipta sesuatu
bukan sekejap masa yang diambil
bukan sikit tenaga yang diperlukan.
segala penat lelah diperlukan , seluruh tenaga kerja dikerah.
banyak peluh yang mengalir banyak juga idea yang dicurah.
semata-mata untuk menghasilkan sesuatu yang pada mulanya mungkin hanya sebuah idea , sebuah , mahupun kayalan , sehingga menjadi realiti yang boleh dilihat dengan pandangan mata.

dan mudahnya untuk kita menghancurkan , merobohkan , menghilangkan perkara itu dengan sekelip mata .
betul kan ?
ini bukan fantasi , ini realiti.
lihat sahaja bagaimana kerajaan2 Islam yang gah dahulu dibina ,
bukan hanya setahun dua , tetapi berpuluh-puluh tahan bahkan ada yang beratus-ratus tahun .
dan dihancurkan oleh musuh dengan sekelip mata sahaja.

bukan sekejap sepohon pokok rambutan tumbuh.
tetapi mengambil masa berpuluhan tahun .
dan senang-senangnya ditamatkan riwayat dengan sebilah kapak.

begitu juga dengan ukhuwah .
bukan senang untuk membina ukhuwah
kena seling kenal-mengenali , bertaaruf dan sebagainya .
dan senangnya roboh ukhuwah itu kerana orang tengah , sikap sendri mahupun faktor lain hanya dengan sekelip mata.

begitu juga dengan persatuan , mahupun jemaah
bukan senang untuk mendirikan persatuan
namun mudah jer untuk menjatuhkan persatuan dengan hanya sekelip mata jika tiadanya nilai perpaduan sesama ahli dalam persatuan itu sendiri .


begitu dengan KARIPAPKARIPAPSQUARE .
bukan sekejap untuk memasak karipap ,
tetapi bukan lama untuk menghabiskan karipap .
(sebenarnya nk post pasal karipap tapi dah melencong lebih2 pulak :D )

proses memasak inti ..proses kelim mengelim .. bab2 ni mmg fail (xpa , 1st trial.. heee ~ )
but my ahli beit just used alat tuk kelim tu je ..mudah n efisyan .. :D

da masak ..
jom makan! :)

takde kerja post pasal makanan an ? haha ..
tahun 3 baru terkedek-kedek nak try masak karipap ..
at least boleh masak tuk my mom n my family balik holiday n9! ..ahaks! :D

Feb 8, 2012

winter break 2012 awesome!

Bismillah , sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , matiku hanya keranaMu Ya Rabb ~ ..

Setelah berhempas pulas berperang dengan pharma , microb , parasite , n patho ..akhirnya kami cuti juga..yeay! ..
habis je exam , kami sesama ahli batch berjaulah ke Fauyoum , satu tempat yang agak kekampungan .. namun bak kata ustaz , klu kita menghayati sejarah-sejarah yang terdapat di sini , enshaAllah datang 2 , 3 kali pun xbosan ..

setelah berjaulah ke fauyoum , aku mengisi masa yang ada dengan berkunjung ke KOREA pula .. segala jenis makann tersergam indah di depan mata .. jajangmyun? sushi ? sasimi ? semua ada la .. cukup lengkap .. bahasa korea pun boleh la 2 , 3 patah perkataan boleh aku tuturkan ..
(white flag , aku xp korea , aku layan citer korea jer ) ^_^

maarad kutub di sini sangat2 lah berbeza dengan pesta buku yang ada di malaysia .. disini , orang2nya sangat2 dahagakan ilmu sehingga ada yang membawa troli untuk membeli buku2 yang dijual di pesta buku .. hebat2~ ..

tatkala aku membelek-belek buku 'healing body and soul , aku melihat akak2 dirasat bersemangat waja membelek-belek buku2 , kitab2 yang berbahasa arab untuk dibeli ..aku bermonolog , " untung sungguh mereka , banyak bahan bacaan yang boleh mereka beli , sehingga rambang mata jadinya ,sedangkan aku hanya membelek2 buku yang berbahasa english je " ..

dan di maarad buku , aku sempat merempat 3 , 4 buah buku tuk dijadikan koleksi almari buku .. at least , i bought some for these year ..tahun yang sebelumnya , memang aku datang cuci mata je di maarad ni..







tapi yang pastinya..
aku rasa amat bersyukur
cuti aku kali ini sangat2 bermanfaat dan diisi dengan sesuatu yang amat berguna untuk aku..
ada PWTC .. alhamdullilah , bes ..sangat memberangsangkan .. mendengar forum , ceramah2 dari doktor2 yang hebat2 dari mesia .. sangat bermotivasi ! :D
daripada program ni , siyes , aku berukhuwah dengan ramai kawan .. dapat kawan2 baru dari uni2 yang berlainan..bes kan ? tak lupa juga berkenalan dengan adek2 comel tahun 1 dari uni cairo..:D

then , p daurah kitab .. penceramah..ustaz nazrul..
subhanAllah , mantap! ..dalam kita bergelak ketawa , enshaAllah banyak input2 yang boleh diambil dengan menghayati dan mencintai Rasul kita , nabi Muhammad dan output dengan mengamalkan sunnah2 rasullah supaya kita menjadi hamba Allah yang berkejar-kejaran untuk mendapatkan ilmu ukhrawi mahupun duniawi ..

teruja bila melihat ramai pelajar2 medik yang berlumba-lumba mencari ilmu Allah yang sgt luas .. dalam rmai pelajar yg berjalan2 cuti winter ke spain , tanah air terchenta mahupun europe , namum masih ramai yang berpusu2 ke daurah kitab syamail muhammadiah .. alhamdulliah ..semoga kita dapat mengenal dan mencintai nabi Muhammad dengan lebih mendalam . enshaAllah ~ .. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

Sample text

Followers

Sample Text


Sample Text