Social Icons

NWAHDATY91's official blog .hoho~

Nov 30, 2011

arigato SA! ..~

Tidaklah dua orang muslim berjumpa, lalu keduanya berjabat tangan, kecuali keduanya diampuni sebelum keduanya bepisah.” (H.R. Abu Daud)

Peringkat-peringkat ukhuwah:

Ta’aruf adalah saling mengenal sesama manusia. Saling mengenal antara kaum muslimin merupakan wujud nyata ketaatan kepada perintah Allah SWT (Q.S. Al Hujurat: 13)

Tafahum adalah saling memahami. Hendaknya seorang muslim memperhatikan keadaan saudaranya agar bisa bersegera memberikan pertolongan sebelum saudaranya meminta, karena pertolongan merupakan salah satu hak saudaranya yang harus ia tunaikan.
Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad saw., beliau bersabda, “Barangsiapa menghilangkan kesusahan seorang muslim, niscaya Allah akan menghilangkan satu kesusahannya di hari kiamat. Barang siapa menutupi aib di hari kiamat. Allah selalu menolong seorang hamba selama dia menolong saudaranya.” (H.R. Muslim)

Ta’awun adalah saling membantu tentu saja dalam kebaikan dan meninggalkan kemungkaran


ukhuwah yang terjalin kerana Allah ,enshaAllah akan lebih diberkati olehNYA ..
salah satu platform untuk berukhuwah adalah dengan b'SA (secret admire) ..tetiba~ ^_^


satu hari yang hening , i got present from SA (secret admire)
"wauu, santekknya ..pe kt dlam ek.... jenggg..jenggg...

.......

.................

...........................

..........................................

.........................................................

..................................................................................

taraaaaaa!..



it was a diary! ..tengs SA ..really appreciate dis.. u know? blik mesia aritu punya la carik diari tuk 2012//.tp mana la kuar lg an..but then , u give dis sort of present..really2 touched!..hehe , sy akan gn baik2 ye ..



*UKHUWAH..... Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan.. Ukhuwah.. Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut..kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah.. ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH.... Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami..

Nov 16, 2011

adha tour de' urdun jordan

salam alaik..alahai..lama betoi rasanya xberblogger..
rasa je cam nk menconteng kt sini..tp perasaan malas yang menebal..

A : jum p raya kt jordan tahun ni?
B : xmoh la..ak nk simpan duit..nk bayar tusyen lg.. makan, xyah cakap la .. bleh terbang cam tu jer duit klu bab2 makan..
taon lpas da habis banyak la.. (alhamdullilah diundang bertandang ke bumi Allah untuk umrah)

pujuk punya pujuk, kalah jugak..so , rezeki sy kot..bleh jugak pergi even tengah krisis kegawatan ekonomi..

sempat rasa rya kt jordan.. lpas zohor , 'ala thul' 8 open house kitrg serbu..whhoaaa..hebat2~ ..
then , raya kedua trus pergi tour kt urdun..

jerash~


petra~

salah satu tempat di wadi rum~

kitrg panjat naik bridge ni..tinggi taw..gayat jugak. without safety guard
yg pkai baju kurung , even berjubah ,berkobar2 nak panjat ..
sy pown main bantai je panjat , sbb rasa cam best je klu boleh berdiri tgah2 bridge tu.. heee :P

dan kitrg jugak ke dead sea , ashabul kahfi , ummu qayum..

nak uplod lg gambar2 , tp tenet merangkak2 cam kura2 , buku patho pown terbiar sebelah xkhatam lagi ..

lastly , doakan kami untuk exam..bittaufiq wannajah..enshaAllah .. :)



Jun 25, 2011

E.X.A.M F.E.V.E.R

phisio dah , histo pun dah
written phisio..speachless
hanya tawakal n doa sahaja
oral..
bleh la jugak nk mengubati hati yg duka ni


histo..
oral..
argghhh!..doc..sgt lah pysho
saya xperform dgn baik
sekian.terima kasih


next anat,biochem , pyschology
doakan kami~...

May 2, 2011

jaulah makam kaherah GEN09 '2011'

alhamdullilah..setelah
1 tahun setengah berada di bumi anbia..
dapat gak ak menjejakkan kaki ke makam2 di sekitar cairo nih..
*taon lpas jadik tukang register je..tp xp pown..hehe..

seawal 7 pagi..ak trun dri rumah menuju ke Bashandi..sebuah kdai kebab
yg t'letak di mounira..
agak menggerunkan sepanjang perjalanan..anjing meyalak2 riang..tmbhan
pula ak keseorangan..
dlm perjalanan, terserempak ngn qilah , farahdina n aisyah muda..jum p
smer2!..:D

dipendekkan ceriter...
coaster bergerak pd kul 7.40++..destinasi pertama..makam sayyeda zainab
*ak yg dop sayyeda xpernah pi*..tp harapan kami hancur berkecai..makam
blom dibuka..*masih awal kot..tuk org arab,..
next..kami bergerak ke makam sultan hanafi..

spnjang perjalanan , ustaz kusyuk bercerita ttg
keistimewaan sultan hanafi..mampu mengajar dari jarak jauh..n
dll..kemudian , di sini juga t'dapat telaga yang dikorek ketika mesir
mengalami musim kemarau..mesiq sgt b'bangga dng telaga nih..sbb
airnyaa..terasa seperti air zam2..hebat2~..




then , kami ke MASJID IBNU TULUN.
mengikut cerita ammu , masjid tuh adalah masjid ke-3 t'tua di
mesiq..dibina semasa zaman Abassiyah..sgt canteekkk..tp malangnya kami
tak b'kesempatan untuk memanjat meanara yg ada di situ..bak kata ustaz
"klu korunk panjat..n9 sume nk blik tdo..sbb pewnat"..okai..klu nk pnjat
kiter p sndri ye len kli..enshaAllah..~..:D




kemudian , ke MASJID SULTAN
HASSAN..yg mempunyai 4 pintu tuk 4 mazhab..sgt
hebat rekaan masjid nih..klu nk azan..xperlu guna speaker..satu kawasan
bleh dgr..



then , MAKAM
IMAM SYAFIE..mazhab kiter an..msti la kn
pi..alhmdllah..ni kli kedua menjejakkan kaki ke sini..di sini juga
t'dapat tapak kaki rasullah..

perjalanan diteruskan lagi..kali ini , dengan semngat yg jitu dan
berkobar2 tuk melawat makam2 yg len , kami meredah kawasan yg dpenuhi
ngn timbunan sampah..tp itu semua tidak merobekkan semngat
kami..perjalanan diteruskan...ke
MAKAM YAHYA BIN AL-KASIM , MAKAM SAYYIDI ABU ZAR , MAKAM UMI KALSUM
,
MAKAM AL-HAFIZ IBNU HAJAR , MAKAM RABIATUL
ADAWIYAH..
(ustaz menceritakan kisah rabiatul adawiyah..yg dulunya adalah pelayan
raja ..insaf dan ingin berubah..tetapi diseksa antaranya dipaksa menjadi
kuli , berjalan di atas duri , dan ketika sembahyang..dicampakkan
ular..tetapi ular t'sebut jinak tatkala rabiatul adawiyah b;solat..dan
sehingga akhir riwayat ..rabiatul tidak b'kahwin)
MAKAM UKBAH(dikatakan t'dapat
serpihan batu hajarul aswad di dalamnya)..
kemudian , kami menaiki coaster tuk b'gerak ke MAKAM HASSAN AL-BANNA ,
MAKAM ASYRAF AR-RIFAIE..(wali Allah
yg m'hafal 30 juzu' Al-Qur'an tatkala berusia 3 tahun dan meninggal
ketika b'usia 4 taon..subhanAllah..sng hebat)..
MAKAM IBNU DAKIK kami
susuri..




MAKAM SYED ABDULLAH BIN ABI
JAMRAH..

mihrab
SAYYEDA NAFEESA ( tmpat b'ibadat)..dan menunaikan solat
Zohor di masjid berdekatan..(lpew nama n kt dalam masjid ni pun ada
makam)
semangat masih kental..perjalanan diteruskan ke MAKAM SAYYEDA NAFEESA..
MAKAM IBNU SIRIN (nama sebenar
beliau abu bakar bin sirin)
MAKAM SAYYEDA RUQAIYAH
iaitu anak kepada sayyidina Ali..

dan hav our lunch di MASJID AMRU di Fustat..(makan nasek lomak yg
disponsor sunshine travel n tours..=)
kemudian..bergerak ke MASJID AZHAR..




dan lazly ..ke MASJID HUSIN
..ak sempat bli
percussion tuk THE TWO..*sorry la..mmpu bli yg cikai2 je..hehe..:D

di hadapan masjid husin..~kami waga gen09..^_^...



okai..antara adat2 kita nk menziarahi makam dan kubur
1.ikhlas kerana Allah
2.mendoakan tuk mereka..
3.jangan duduk di atas kubur
4.bagi salam dan manyak lagi..

info bek punyer...
kenapa makam disinari dgn lampu yg wrna hijau..bkan biru ke..merah ke..
nak taw????
jeng9..'sebabnya..hijau warna syurga dan nabi mmg ske color hijau'


p/s : bru berangan taon nih xmau blik..kot2 la p blaja base
arab..tajamkan skill ckit..n jalan2 kt mesiq tyme summer..ye..ak mmg
keras kepala..umi abah suh blik..degil..xmau blik..100011 alasan
bg..adek ckap nk majok klu xblik pown bwat xlayan..ichah ckap bahaya
lagi xkesah..
skang..yela2.skang da insaf..nk survey harge tiket..(mmg sgt2 rindu kt
famili..bleh jmper baby humaira'!..hehe ..:D


Feb 13, 2011

turkiye , syria , lebanon trip 2011

Assalamualaikum w.b.t..
Salam ukhuwah salam 1 Malaysia ..
Di saat bumi Mesir dilanda kekacaun rusuhan dan sebagainya..alhamdulillah kami berjaya keluar melalui Egypt Air walaupun 'stranded' di airport selama 1 hari.Mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku lagipun lawatan ini memang sudah di rancang seawal sebulan yang lalu.
Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman sepanjang berada di negeri orang..:D


29 Januari 2011
Kami seramai 26 orang dan musyrif kami Ustaz Mohd Tholut Ar Ramadan berkumpul di Cairo Airport.Penerbangan kami dijadualkan pada pukul 3.40 ptg.Sampainya kami disana, kami diberitahu bahawa penerbangan ditangguhkan 1 jam. Keseronokan kami untuk melancong hampir punah apabila kami tidak dibenarkan check in kerana pegawai itu mengatakan kami lewat dan semua tempat duduk kami telah diberikan kepada mereka yang awal. Bak kata mereka first come first serve. Alasan yang langsung tidak munasabah. Pegawai tersebut memberitahu bahawa kami dibenarkan untuk menaiki penerbangan pada keesokan harinya. Maka kami terpaksa bermalam di lapangan terbang.Tidur beralaskan lantai yang sejuk dan dalam kelaparan kerana makanan-makanan yang dijual di lapangan terbang sudah habis.

Malam itu, berduyun-duyun manusia terpaksa tidur di airport atas pelbagai alasan. Ada yang menerima nasib yang sama seperti kami flight delay, dan ada yang dibatalkan penerbangan dan ada juga yang baru tiba di Mesir, tetapi tidak dibenarkan keluar dari lapangan terbang kerana perintah berkurung.

30 Januari 2011

Lebih kurang pukul 10 pagi kami terus check in. First come first serve la katakan. Alhamdulillah lebih kurang pukul 12 tengah hari kami berjaya menaiki penerbangan Egypt Air .Tatkala Mesir sedang bergolak kami berjaya keluar. Seinfiniti kesyukuran kami sematkan . Namun dalam kegembiraan kami juga tidak putus-putus berdoa agar kawan-kawan di Mesir selamat .

Sesampainya kami di Turki, kami disambut pemandu pelancong kami ,Ali. Suhu serendah 6 degree menyebabkan kami teruja. Kemudian , kami terus bergerak ke Hotel Fuar yang hanya mengambil masa 30 minit.

31 Januari 2011

Hari yang dinanti-nanti. Penjelajahan kami bermula. Kumpulan kami turut disertai oleh Nihal,warga Mesir dan keluarga , sepasang suami isteri Melayu yang datang bercuti di Turki, dan ustaz Hafiz bersama isteri dan anak-anak.

Kami di bawa oleh Ali ke Bhosphorus City. Di sana kami menaiki Bhosporus Cruise untuk pergi ke bahagian Asia Turki atau dikenali sebagai Anatolia. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang sangat indah dan bangunan serta monumen sejarah silam seperti Rumeli hisari (kubu sultan Muhammad al Fateh),dan Istana Sultan Turki (tempat kematian Kamal al Tartuk).

Kami turut mendapat santapan rohani dari ustaz Hafiz. Beliau menceritakan bagaimana perjuangan Sultan Muhammad Al Fateh menawan kota Konstantinopel.

Seterusnya di Anatolia kami berkunjung ke Camlica Hill. Di sana kami dapat menikmati panorama kota Istanbul, dan Laut Marmara.

Kemudian kami kembali ke Eropah Turki melalui jambatan Bhosporus. Kami menuju ke Topkapi Palace. Dahulu ia merupakan istana sultan tetapi telah dijadikan muzium.

Di sini kami dapat melihat barang-barang tinggalan sultan-sultan Turki contonya baju Sultan Muhammad Al -Fateh.Kami juga berasa bertuah kerana dapat meilhat dengan sendiri janggut, gigi, dan macam-macam lagi barang-barang tinggalan nabi dan para sahabat.

Turut terdapat disini ialah barang-barang perhiasan di raja dan antara yang paling popular ialah Spoon maker’s Diamond (berlian ketiga terbesar didunia).

Perjalan diteruskan ke Grand Bazaar.Tempat untuk membeli belah .


1 Februari 2011

Seawal 6.30 pagi kami sudah bertolak

menuju ke Eskihisar, untuk menaiki feri ke Yalova.Kemudian menaiki bas menuju ke Bandar Bursa.

Di Bursa kami sempat melawat Green mosque, Green mosaleum dan Grand Mosque (sebuah masjid yang sangat luas dan mempunyai 21 kubah). Kemudian destinasi kami diteruskan ke Silk bazaar. Kata Ali, selain kopi, Turki juga turut terkenal dengan sutera sejak mereka menjalinkan hubungan diplomatik dengan Cina suatu ketika dahulu. Setelah puas membeli belah kami kembali ke Istanbul sekali lagi dengan menggunakan feri.


2 Februari 2011

Hari yang dinanti- nantikan bagi kami kerana akhirnya kami dapat menjejakkan kaki ke dalam Blue Mosque. Masjid yang dibina oleh Sultan Ahmed ini merupakan destinasi paling popular di Turki. Kami turut melawat Hagia Sophia Museum yang dahulunya merupakan sebuah gereja kemudian ditukarkan kepada sebuah masjid oleh sultan dan akhirnya telah dijadikan sebagai muzium oleh Mustapha Kamal Al Tartuk. Petang itu kami bertolak ke stesen bas untuk meneruskan jelajah kami iaitu ke Syria.

3 Februari 2011

Hari yang memenatkan. Perjalanan yang memakan masa hampir 20 jam benar- benar meletihkan. Tambahan pula kami terpaksa bertukar-tukar bas dan urusan di sempadan yang agak merimaskan. Lebih kurang pukul 9.30 malam waktu Syria barulah kami sampai ke hotel. Malam itu kami di sajikan dengan makanan melayu, ayam masak merah.

4 Februari 2011

Awal pagi lagi kami sudah bersiap dengan berpakaian tebal untuk meneruskan jelajah kami ke Lubnan. Perjalanan lebih kurang 5 ke 6 jam untuk sampai ke tempat peranginan bermain salji. Detik mencemaskan semasa bas menaiki bukit kerana cuaca berkabus menghalang penglihatan dan menyukarkan pendakian. Agak mendukacitakan kerana cuaca yang agak berkabus, kami hanya berpeluang bermain salji selama lebih kurang 2 jam.

Malam itu , sebelum meninggalkan Lubnan, kami di sajikan dengan panorama Bandar Beirut yang sangat indah. Memang patutlah Lubnan turut dikenali sebagai Switzerland Timur Tengah.

5 Februari 2011

Ustaz Tholut dan Ustaz Fakhruddin membawa kami menziarahi makam - makam para sahabat dan Ahlul beit. Kami ke destinasi dengan hanya berjalan kaki. Kami turut melawat Masjid Umayyah. Masjid yang didalamnya terdapat kepala nabi Yahya dan Saidina Hussin dan makam Salahuddin Al Ayubi.

Masjid Umayyah

Salah satu makam yang terdapat di Syria. Makam para syuhada'.

Bumi Syria ternyata kaya dengan makam-makam yang boleh kita lawati .Antaranya makam isteri-isteri Rasullah s.a.w , makam Bilal bin Robah , makam para syuhada' dan ramai lagi.

Ternyata jelajah makam-makam ini telah memberikan impak positif kepada kami apabila sepanjang lawatan ustaz sentiasa menceritakan pengorbanan dan sifat-sifat murni para sahabat dalam membantu nabi menegakkan agama ALLAH.

Pada pukul 8 malam kami menerima lawatan daripada Kedutaan Syria, Encik Fahmi dan Encik Rizal.Kami diberikan khabar gembira apabila MAS telah menyediakan tiket untuk kami pulang dari Dubai ke Malaysia.

6 Februari 2011

Perasaan bercampur baur. Sedih untuk meninggalkan bumi Syam yang penuh dengan tinggalan sejarah. Gembira kerana hasrat untuk pulang ke Malaysia tercapai. Yang pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Dari Lapangan Terbang Damascus kami mengambil penerbangan ke Dubai dengan tiket berharga 210 usd melalui kapal terbang Emirates.

Damascus International Airport

Kemudian dari Dubai ke Malaysia kami menaiki penerbangan Malaysia Airlines.

Ternyata siri jelajah ini membawa seribu satu memori suka duka kepada kami. Semoga muasfir kami di bumi Anbiya ini tidak sia-sia dan sentiasa diredhaiNYA.amin.

p/s : kepada ahli-ahli yang mengikuti rombongan ini , seinfiniti terima kasih diucapkan atas kerjasama padu yang anda semua berikan sepanjang lawatan kita bersama.


Penulis : Nurul Atiqah Mohd Azman

Editor : Wahdaty Najihah Mohd

Jan 20, 2011

entah bila waktuku+arwah kak nurul iman

malam itu seperti biasa..usai makan malam..pantas jari jemariku menekan keyboard laptop..ku buka ym yang sentiasa menjadi habitku pada setiap hari..*almost invi kalau di musim-musim xm..
lalu ku terima satu offline msg..erm..ni PO..(perubatan online)..lantas dengan tidak sabar-sabar ku buka laman web tersebut...
*"mesti ada org post pasal arwah kak nurul iman nih", hatiku berbicara...
sangkaanku tepat sama sekali...

muscle2 of the eye terus memainkan peranan...satu demi satu ayat ku baca...
sehingga tiba di satu perenggan...AKU TERPAKU....Subhanallah..Allah cabut nyawa hambanya di saat hambanya tersebut BERPUASA...di kala hamba itu berjuang di JALAN ALLAH...(esoknya tahun 3 xm patho)..dan pada hari tersebut juga arwah sempat masak sahur tuk ahli beit...
dan tatkala itu juga..aku dapat rasakan betapa jahil dan kerdilnya diri ini..sering lalai dan alpa dalam mengingatimu ya Allah..Astaghfirullah...
*sesungguhnya solatku,ibadahku , hidupku dan matiku kerana mu Ya Allah..aminnn~...


sila la lawat PO nih...
http://iskandariah.perubatan.org/v1/entah-bila-waktuku

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

Sample text

Followers

Sample Text


Sample Text