Social Icons

NWAHDATY91's official blog .hoho~

Feb 13, 2011

turkiye , syria , lebanon trip 2011

Assalamualaikum w.b.t..
Salam ukhuwah salam 1 Malaysia ..
Di saat bumi Mesir dilanda kekacaun rusuhan dan sebagainya..alhamdulillah kami berjaya keluar melalui Egypt Air walaupun 'stranded' di airport selama 1 hari.Mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku lagipun lawatan ini memang sudah di rancang seawal sebulan yang lalu.
Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman sepanjang berada di negeri orang..:D


29 Januari 2011
Kami seramai 26 orang dan musyrif kami Ustaz Mohd Tholut Ar Ramadan berkumpul di Cairo Airport.Penerbangan kami dijadualkan pada pukul 3.40 ptg.Sampainya kami disana, kami diberitahu bahawa penerbangan ditangguhkan 1 jam. Keseronokan kami untuk melancong hampir punah apabila kami tidak dibenarkan check in kerana pegawai itu mengatakan kami lewat dan semua tempat duduk kami telah diberikan kepada mereka yang awal. Bak kata mereka first come first serve. Alasan yang langsung tidak munasabah. Pegawai tersebut memberitahu bahawa kami dibenarkan untuk menaiki penerbangan pada keesokan harinya. Maka kami terpaksa bermalam di lapangan terbang.Tidur beralaskan lantai yang sejuk dan dalam kelaparan kerana makanan-makanan yang dijual di lapangan terbang sudah habis.

Malam itu, berduyun-duyun manusia terpaksa tidur di airport atas pelbagai alasan. Ada yang menerima nasib yang sama seperti kami flight delay, dan ada yang dibatalkan penerbangan dan ada juga yang baru tiba di Mesir, tetapi tidak dibenarkan keluar dari lapangan terbang kerana perintah berkurung.

30 Januari 2011

Lebih kurang pukul 10 pagi kami terus check in. First come first serve la katakan. Alhamdulillah lebih kurang pukul 12 tengah hari kami berjaya menaiki penerbangan Egypt Air .Tatkala Mesir sedang bergolak kami berjaya keluar. Seinfiniti kesyukuran kami sematkan . Namun dalam kegembiraan kami juga tidak putus-putus berdoa agar kawan-kawan di Mesir selamat .

Sesampainya kami di Turki, kami disambut pemandu pelancong kami ,Ali. Suhu serendah 6 degree menyebabkan kami teruja. Kemudian , kami terus bergerak ke Hotel Fuar yang hanya mengambil masa 30 minit.

31 Januari 2011

Hari yang dinanti-nanti. Penjelajahan kami bermula. Kumpulan kami turut disertai oleh Nihal,warga Mesir dan keluarga , sepasang suami isteri Melayu yang datang bercuti di Turki, dan ustaz Hafiz bersama isteri dan anak-anak.

Kami di bawa oleh Ali ke Bhosphorus City. Di sana kami menaiki Bhosporus Cruise untuk pergi ke bahagian Asia Turki atau dikenali sebagai Anatolia. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang sangat indah dan bangunan serta monumen sejarah silam seperti Rumeli hisari (kubu sultan Muhammad al Fateh),dan Istana Sultan Turki (tempat kematian Kamal al Tartuk).

Kami turut mendapat santapan rohani dari ustaz Hafiz. Beliau menceritakan bagaimana perjuangan Sultan Muhammad Al Fateh menawan kota Konstantinopel.

Seterusnya di Anatolia kami berkunjung ke Camlica Hill. Di sana kami dapat menikmati panorama kota Istanbul, dan Laut Marmara.

Kemudian kami kembali ke Eropah Turki melalui jambatan Bhosporus. Kami menuju ke Topkapi Palace. Dahulu ia merupakan istana sultan tetapi telah dijadikan muzium.

Di sini kami dapat melihat barang-barang tinggalan sultan-sultan Turki contonya baju Sultan Muhammad Al -Fateh.Kami juga berasa bertuah kerana dapat meilhat dengan sendiri janggut, gigi, dan macam-macam lagi barang-barang tinggalan nabi dan para sahabat.

Turut terdapat disini ialah barang-barang perhiasan di raja dan antara yang paling popular ialah Spoon maker’s Diamond (berlian ketiga terbesar didunia).

Perjalan diteruskan ke Grand Bazaar.Tempat untuk membeli belah .


1 Februari 2011

Seawal 6.30 pagi kami sudah bertolak

menuju ke Eskihisar, untuk menaiki feri ke Yalova.Kemudian menaiki bas menuju ke Bandar Bursa.

Di Bursa kami sempat melawat Green mosque, Green mosaleum dan Grand Mosque (sebuah masjid yang sangat luas dan mempunyai 21 kubah). Kemudian destinasi kami diteruskan ke Silk bazaar. Kata Ali, selain kopi, Turki juga turut terkenal dengan sutera sejak mereka menjalinkan hubungan diplomatik dengan Cina suatu ketika dahulu. Setelah puas membeli belah kami kembali ke Istanbul sekali lagi dengan menggunakan feri.


2 Februari 2011

Hari yang dinanti- nantikan bagi kami kerana akhirnya kami dapat menjejakkan kaki ke dalam Blue Mosque. Masjid yang dibina oleh Sultan Ahmed ini merupakan destinasi paling popular di Turki. Kami turut melawat Hagia Sophia Museum yang dahulunya merupakan sebuah gereja kemudian ditukarkan kepada sebuah masjid oleh sultan dan akhirnya telah dijadikan sebagai muzium oleh Mustapha Kamal Al Tartuk. Petang itu kami bertolak ke stesen bas untuk meneruskan jelajah kami iaitu ke Syria.

3 Februari 2011

Hari yang memenatkan. Perjalanan yang memakan masa hampir 20 jam benar- benar meletihkan. Tambahan pula kami terpaksa bertukar-tukar bas dan urusan di sempadan yang agak merimaskan. Lebih kurang pukul 9.30 malam waktu Syria barulah kami sampai ke hotel. Malam itu kami di sajikan dengan makanan melayu, ayam masak merah.

4 Februari 2011

Awal pagi lagi kami sudah bersiap dengan berpakaian tebal untuk meneruskan jelajah kami ke Lubnan. Perjalanan lebih kurang 5 ke 6 jam untuk sampai ke tempat peranginan bermain salji. Detik mencemaskan semasa bas menaiki bukit kerana cuaca berkabus menghalang penglihatan dan menyukarkan pendakian. Agak mendukacitakan kerana cuaca yang agak berkabus, kami hanya berpeluang bermain salji selama lebih kurang 2 jam.

Malam itu , sebelum meninggalkan Lubnan, kami di sajikan dengan panorama Bandar Beirut yang sangat indah. Memang patutlah Lubnan turut dikenali sebagai Switzerland Timur Tengah.

5 Februari 2011

Ustaz Tholut dan Ustaz Fakhruddin membawa kami menziarahi makam - makam para sahabat dan Ahlul beit. Kami ke destinasi dengan hanya berjalan kaki. Kami turut melawat Masjid Umayyah. Masjid yang didalamnya terdapat kepala nabi Yahya dan Saidina Hussin dan makam Salahuddin Al Ayubi.

Masjid Umayyah

Salah satu makam yang terdapat di Syria. Makam para syuhada'.

Bumi Syria ternyata kaya dengan makam-makam yang boleh kita lawati .Antaranya makam isteri-isteri Rasullah s.a.w , makam Bilal bin Robah , makam para syuhada' dan ramai lagi.

Ternyata jelajah makam-makam ini telah memberikan impak positif kepada kami apabila sepanjang lawatan ustaz sentiasa menceritakan pengorbanan dan sifat-sifat murni para sahabat dalam membantu nabi menegakkan agama ALLAH.

Pada pukul 8 malam kami menerima lawatan daripada Kedutaan Syria, Encik Fahmi dan Encik Rizal.Kami diberikan khabar gembira apabila MAS telah menyediakan tiket untuk kami pulang dari Dubai ke Malaysia.

6 Februari 2011

Perasaan bercampur baur. Sedih untuk meninggalkan bumi Syam yang penuh dengan tinggalan sejarah. Gembira kerana hasrat untuk pulang ke Malaysia tercapai. Yang pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Dari Lapangan Terbang Damascus kami mengambil penerbangan ke Dubai dengan tiket berharga 210 usd melalui kapal terbang Emirates.

Damascus International Airport

Kemudian dari Dubai ke Malaysia kami menaiki penerbangan Malaysia Airlines.

Ternyata siri jelajah ini membawa seribu satu memori suka duka kepada kami. Semoga muasfir kami di bumi Anbiya ini tidak sia-sia dan sentiasa diredhaiNYA.amin.

p/s : kepada ahli-ahli yang mengikuti rombongan ini , seinfiniti terima kasih diucapkan atas kerjasama padu yang anda semua berikan sepanjang lawatan kita bersama.


Penulis : Nurul Atiqah Mohd Azman

Editor : Wahdaty Najihah Mohd

5 comments:

Is said...

like!

nwahdaty91 said...

to Is..
haha..syukran2~..jasa tqah la nih

nwahdaty91 said...

bai..

hehe..well..byasa la..sy handle grup jerk...:D
lntik journalist sume..
a'a..skang dop klate la nih..
hg bler fly..nk ziarah ireland la plak..haha..=)

Faiz Farhan said...

melihat dn berfikir
:)

nwahdaty91 said...

faiz..

yup..btoi3..:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

Sample text

Followers

Sample Text


Sample Text