Social Icons

NWAHDATY91's official blog .hoho~

May 26, 2012

Pemergianmu ditangisi , Kasihmu ku ingati..

Orangnya agak berisi ,masih kuat walaupun usia sudah menjangkau  80-an , masih mampu menunggang motorsikal dari rumah mak cik ke rumah kami , masih mampu melakukan kerja-kerja berat dengan tulang empat keratnya.


Kasih pada cucu-cucunya mencurah-mencurah tidak berbelah bagi . Sangat menyayangi cucu-cucunya itu. Ye la , dengan mereka sahaja lah chek melepaskan rindu , tempatnya bergelak ketawa , selepas kematian nenek sewaktu aku di tingkatan 5 dahulu. 


Aku ingat lagi chek suka masak 'solok lada' .salah satu makanan kelantan yang menjadi favourite aku . lagi pedas lagi kaw . Kalau 'solok' dimasak untuk kami , pasti banyak yang dimasak . Usai makan ,aku akan mengira tangkai cabai yang habis dimakan , konon-kononnya nak 'compete' dengan chek .kita tengok siapa yang lagi power .


Kini , chek sudah tiada kerana strok sama dengan arwah nenek aku dahulu. Dua-dua orang yang aku sayangi, xsempat aku tatap ,lihat muka mereka buat kali terakhir .Dulu nenek 'unconcious' semasa aku balik bercuti sekolah dan terus begitu sehinggalah ke akhir hayatnya . Khabar pemergian nenek pun aku tahu semasa aku di sekolah Klang . Datuk pun sama ,patut lah masa aku 'call' umi , umi cakap chek tengah sakit. *chek pun memang selalu sakit .. jadi aku ingat sakit biasa-biasa saja ,rupa-rupanya memang masa tu dah kena strok 
=(
tapi , alhamdullilah chek kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat .. 




chek selalu pesan ,' balaja ghajin-ghajin. nanti jadi ore hok berguna besa-besa nanti '.EnshaAllah , aku akan sentiasa ingat nasihat itu! ..


Tiada apa yang mampu aku titipkan kecuali doa-doa yang dipohon supaya chek akan dirahmati , diberkati dan diletakkan di tempat yang Allah redhai ~.. 
EnshaAllah , amin...







0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

Sample text

Followers

Sample Text


Sample Text